London: Pengurus Manchester United Louis van Gaal menolak pertuduhan salah laku berikutan kecamannya terhadap pengadil Chris Foy.

Van Gaal didakwa kerana komennya mengenai Foy selepas United seri 0-0 dengan kelab divisyen empat Cambridge United pada pusingan keempat Piala FA, bulan lalu.

Selepas perlawanan di Stadium Abbey itu, pengendali dari Belanda itu berkata: “Setiap aspek perlawanan itu tidak langsung menyebelahi pasukan.

“Anda lihat pengadil. Ia sering kali sama. Di mana saja saya menjadi jurulatih bagi perlawanan ini, ia sentiasa sama,” jelasnya.

Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris mendakwa Van Gaal menganggap komennya ‘berat sebelah atau mencetus keburukan terhadap permainan itu.’

Van Gaal yang meminta pendengaran kes secara peribadi, sudah menyatakan akan menentang pertuduhan itu sebelum pengumuman FA kelmarin.

“Louis van Gaal menolak pertuduhan salah laku FA berkaitan komen media dan meminta pendengaran kes secara peribadi, tarikh belum diputuskan,” menurut FA. -AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 8:22 AM