Van Gaal sewaktu menjulang Piala FA tahun lalu. FOTO REUTERS/INDIANA express.com
Van Gaal sewaktu menjulang Piala FA tahun lalu. FOTO REUTERS/INDIANA express.com
BBC

London: Bekas bos Manchester United dan Belanda Louis van Gaal mengumumkan persaraannya daripada tugasan kejurulatihan selama 26 tahun, hari ini.

Van Gaal, 65, tidak memikul sebarang tugasan sejak dipecat oleh United beberapa jam selepas menjulang Piala FA pada Mei 2016.

"Saya jangka mungkin akan bersara tetapi kemudian berfikir untuk berehat tetapi buat masa ini saya tidak merasakan akan kembali kepada tugasan kejurulatihan," kata Van Gaal dipetik berkata dalam akhbar Belanda, De Telegraaf.

Van Gaal yang mendapat gelaran Daisy dalam kalangan pemain Manchester United pernah mengendali Ajax, Barcelona, Bayern Munich dan AZ.

Dia membuat pengumuman itu sebaik menerima anugerah pengiktirafan daripada kerajaan Belanda terhadap sumbangannya kepada bola sepak.

Dia memberi alasan atas sebab keluarga dengan akhbar itu menyatakan sebahagiannya disebabkan oleh kematian mendadak suami anak perempuannya bulan lalu.

"Terlalu banyak berlaku dalam keluarga saya, anda manusia biasa dan perlu belajar menerima hakikat," katanya.

Bos Belanda itu memberitahu dia menolak tawaran lumayan selepas mendapat tawaran mengendali sebuah kelab di Asia.

Van Gaal bermain selaku pemain tengah Ajax, Royal Antwerp, Telstar, Sparta Rotterdam dan AZ antara 1972 dan 1987 sebelum beralih menjadi jurulatih di AZ diikuti peranan sama di Ajax.

PENCAPAIAN

> Ajax (1993-94, 1994-95, 1995-96), Barcelona (1997-98, 1998-99), AZ Alkmaar (2008-09), Bayern Munich (2009-10)

> Liga Juara Juara: Ajax (1994-95)

> Piala UEFA: Ajax (1991-92)

> Piala FA: Manchester United (2015-16)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 1:22 PM