Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah atas kes bunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, ditahan oleh pegawai imigresen di Queensland, Australia.

Menurut ABC News, Sirul, 43, diletakkan di bawah jagaan pegawai Imigresen di Brisbane semalaman selepas Interpol mengeluarkan notis merah terhadapnya.

Notis merah Interpol yang bermaksud usaha mencari serta menangkap individu yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi dikeluarkan semalam.

Minggu lalu dilaporkan bahawa polis akan bekerjasama dengan Interpol untuk memburu Sirul, selepas satu permohon ekstradisi akan difailkan kepada negara berkenaan.

Sirul dipercayai pergi ke Australia pada Oktober tahun lalu.

Sirul dan bekas cif inspektor, Azilah Hadri dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya pada 2008.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 12:04 PM