Esther Landau


AUSTRALIA meluluskan permohonan Malaysia untuk mengekstradisi Sirul Azhar Umar, bekas anggota polis yang disabitkan bersalah membunuh membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Akhbar Britain, The Guardian yang memetik sumber melaporkan, Australia sudah memberi lampu hijau kepada selepas Malaysia bersetuju untuk menanggung kos bagi membawa pulang Sirul Azhar.

Laporan itu menyebut, Sirul Azhar yang melarikan diri ke Australia pada 2014 dan kini ditahan di pusat tahanan Villawood kerana tinggal di negara itu melebihi tempoh had visa pelancong, dijangka akan meninggalkan negara itu dalam tempoh sebulan.

Ia turut berkata, kerajaan Malaysia mempertimbangkan untuk membuka semula kes bunuh Altantuya.

Pada pada 9 April 2009, Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri, kedua-duanya anggota Unit Tindak Khas polis, dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2006.

Bagaimanapun, pada 23 Ogos 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan Sirul dan Azilah sekali gus Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-dua tertuduh berkenaan selepas membenarkan rayuan pendakwa raya dalam kes itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.

Sirul Azhar kemudian melarikan diri ke Australia tetapi ditahan pihak imigresen negara itu dan kini ditempatkan di pusat tahanan di sana.

Azilah kini masih dipenjara dan menunggu pendengaran rayuannya untuk mendapat pengampunan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Jun 2018 @ 11:51 AM