Chong Wei mara ke pusingan kedua. FOTO fail HM
Chong Wei mara ke pusingan kedua. FOTO fail HM
Ferzalfie Fauzi


Kuching: Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia apabila mengalahkan Rajiv Ouseph dari England sebentar tadi.

Chong Wei yang juga pilihan utama mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-18 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.

Di pusingan kedua esok dia akan berdepan di antara pemenang Anders Antonsen (Denmark) atau Hu Yun (Hong Kong).

Turut mara ke pusingan kedua ialah perseorangan wanita, Goh Jin Wei yang mengalahkan Yulia Yosephin Susanto dari Indonesia 21-15, 20-22, 21-17.

Dia akan berdepan Chen Yufei dari China esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2017 @ 9:22 PM