Ferzalfie Fauzi

JAGUH perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei (gambar) berjaya mara ke suku akhir Terbuka China selepas menumpaskan Brice Leverdez dari Perancis di Pusat Sukan Olimpik Haixia, hari ini.

Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh, mencatat kemenangan mudah 21-6, 21-9 dalam tempoh 31 minit untuk menempah pertemuan dengan Jonatan Christie (Indonesia) atau Ng Ka Long (Hong Kong).

Ogos lalu, Chong Wei tumpas di tangan Leverdez di pusingan pertama Kejohanan Dunia 19-21, 24-22, 17-21 dan kemenangan hari ini ibarat membalas dendam kekalahan berkenaan.

Sementara itu, wakil beregu lelaki, Ong Yew Sin-Tan Wee Kiong tumpas di tangan gandingan tuan rumah, Liu Cheng-Zhang Nan yang juga pilihan kelima 16-21, 14-21.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2017 @ 7:15 PM