Perdana Menteri Britain Keir Starmer berucap di hadapan penyokong selepas keputusan pilihan raya di London. FOTO Reuters
Perdana Menteri Britain Keir Starmer berucap di hadapan penyokong selepas keputusan pilihan raya di London. FOTO Reuters
Bernama-PA Media/dpa

London: Jumlah Ahli Parlimen (MP) wanita yang akan duduk di Dewan Rakyat mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum (PRU) United Kingdom (UK), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Setakat 7.30 pagi (0630 GMT) pada Jumaat, seramai 261 MP wanita dipilih - mewakili 40 peratus daripada Dewan Rakyat - dan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.

Angka itu melepasi rekod sebelumnya iaitu 220 MP wanita dalam pilihan raya 2019.

Bilangan MP wanita meningkat pada setiap enam pilihan raya lepas.

Nancy Astor menjadi MP wanita pertama yang duduk di parlimen apabila beliau dipilih pada 1919 selepas memenangi kerusi Plymouth Sutton dalam pilihan raya kecil.

Beliau meletak jawatan pada 1945 dan meninggal dunia pada 1964 pada usia 84 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2024 @ 7:51 PM