Chong Wei buru kejuaraan keenam Terbuka Indonesia. - Foto Fail
Chong Wei buru kejuaraan keenam Terbuka Indonesia. - Foto Fail
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei tidak perlu berpeluh untuk layak ke separuh akhir Terbuka Indonesia apabila lawannya dari China, Wang Zhengming menarik diri pada set kedua sebentar tadi.

Chong Wei yang sedang memburu kejuaraan kali keenam Terbuka Indonesia mudah memenangi set pertama 21-16 dan ketika mendahului 9-2, Zhengming menarik diri kerana kecederaan hamstring.

Pembawa Jalur Gemilang di Sukan Olimpik Rio 2016 itu akan berdepan pemain tuan rumah, Ihsan Maulana Mustofa yang mengalahkan Rajiv Ouseph dari England 17-21, 21-12, 21-12, di separuh akhir esok.

Bagaimanapun, beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong terkandas di suku akhir apabila kalah kepada pasangan China, Chai Biao-Hong Wei 18-21, 17-21.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Jun 2016 @ 7:04 PM