Chong Wei tewaskan pemain Jepun untuk layak ke separuh akhir terbuka Perancis. FOTO Goh Thean Howe (gambar fail)
Chong Wei tewaskan pemain Jepun untuk layak ke separuh akhir terbuka Perancis. FOTO Goh Thean Howe (gambar fail)
Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir Terbuka Perancis selepas menumpaskan Sho Sasaki dari Jepun dalam saingan suku akhir sebentar tadi.

Bekas pemain nombor satu dunia itu mencatatkan kemenangan straight set 21-9, 21-12 dalam perlawanan yang memakan masa 36 minit.

Chong Wei selepas ini akan bertemu wakil China, Wang Zhengming yang sebelum itu mengalahkan pemain England, Rajiv Ouseph 21-17, 12-21, 21-8.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 1:46 AM