ISYARAT ‘serigala’ yang dilakukan Demiral ketika meraikan jaringan. FOTO AFP
ISYARAT ‘serigala’ yang dilakukan Demiral ketika meraikan jaringan. FOTO AFP
Reuters

Hamburg: Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa) mengambil tindakan tegas terhadap, Merih Demiral dari Turkiye dan tonggak England, Jude Bellingham di Euro 2024.

Demiral, selepas mencetak gol kedua dalam kemenangan Turkiye ke atas Austria dalam peringkat 16 terakhir, dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan kerana meraikan jaringan dengan mempamerkan simbol 'serigala' yang dianggap bermotif politik.

Simbol berkenaan ini dikaitkan dengan kumpulan 'Grey Wolves' di Turkiye dan dikecam sebagai tindakan perkauman oleh Jerman.

Sementara itu, Jude Bellingham dari England dikenakan denda sebanyak €30,000 (RM152,896) dan digantung satu perlawanan selepas melakukan isyarat menggoncang tangan di celah paha ketika perlawanan menentang Slovenia.

Uefa menyatakan hukuman itu kerana melanggar peraturan asas berkelakuan baik.

Bagaimanapun, dia dibenarkan untuk bermain dalam perlawanan suku akhir Euro 2024 walaupun dikenakan denda dan digantung perlawanan.

Uefa menyatakan bahawa larangannya tidak dilaksanakan serta-merta dan tertakluk kepada tempoh percubaan satu tahun bermula dari tarikh keputusan itu.

Kecuali jika dia melakukan kesalahan lagi dalam tempoh percubaan itu.

Bellingham menjelaskan bahawa isyarat itu bukanlah ditujukan kepada pemain Slovenia tetapi sebagai gurauan dengan rakan-rakannya.

England akan berdepan Switzerland manakala Turkiye akan menentang Belanda dalam aksi suku akhir Euro 2024 Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2024 @ 7:33 PM