AHMAD Zahid ketika berucap merasmikan Amanat Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jeli di Kompleks Umno Bahagian Jeli Bukit Nangka.  FOTO Nik Abdullah Nik Omar
AHMAD Zahid ketika berucap merasmikan Amanat Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jeli di Kompleks Umno Bahagian Jeli Bukit Nangka. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Nor Fazlina Abdul Rahim


Jeli: Umno menyifatkan Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berhak menyertai mana-mana parti yang disukainya.

Presidennya, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia adalah perkara biasa bagi mereka yang dipecat oleh parti dan menyertai parti lain.

"Mana-mana ahli Umno yang dipecat bebas menyertai mana-mana parti yang mereka suka. Itu pilihan mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang, di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan, bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar mengumumkan menyertai Bersatu selepas dipecat Umno tahun lalu kerana melanggar disiplin parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Noh dilapor berkata, beliau memohon untuk menyertai Bersatu secara dalam talian kelmarin dengan mengisi borang dan terus diterima.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2024 @ 7:51 PM