Chong Wei mara ke pusingan kedua. FOTO fail HM
Chong Wei mara ke pusingan kedua. FOTO fail HM
Ferzalfie Fauzi


Kuching: Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia selepas mengalahkan Rajiv Ouseph dari England, hari ini.

Chong Wei yang beraksi selaku pilihan utama menang straight set 21-16, 21-18 pada aksi berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.

Di pusingan kedua esok Chong Wei menanti pemenang perlawanan sama ada Anders Antonsen (Denmark) atau Hu Yun (Hong Kong).

Turut mara ke pusingan kedua adalah perseorangan wanita, Goh Jin Wei yang mengalahkan Yulia Yosephin Susanto dari Indonesia 21-15, 20-22, 21-17.

Dia akan berdepan Chen Yufei dari China esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2017 @ 9:31 PM