Hadzlihady Hassan


Georgetown: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan tujuh doktor yang didapati meluluskan borang permohonan pemeriksaan perubatan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) tanpa memeriksa pemohon.

Pengarah SPRM negeri Datuk Abdul Aziz Aban berkata, pihaknya menahan semua doktor terbabit dalam operasi serentak pada 3 petang semalam, di tujuh klinik sekitar Bukit Mertajam, Batu Ferringghi, Pekan Lama, Gelugor dan Perai.

Menurutnya, SPRM yang melakukan siasatan sejak Disember lalu, mendapati doktor terbabit tidak melakukan pemeriksaan terhadap pemohon, khususnya pemandu bas dan teksi yang mahu memperbaharui lesen PSV.

"Kita turut menahan seorang wanita yang juga pembantu klinik berusia 41 tahun dan dua lelaki yang dipercayai bertindak sebagai 'runner'.

"Pemohon dikenakan bayaran antara RM5 hingga RM30 untun setiap permohonan," katanya disini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 10:44 AM
Abdul Aziz Aban menunjukkan borang serta cop klinik yang dirampas.  - Foto RAMDZAN MASIAM
Abdul Aziz Aban menunjukkan borang serta cop klinik yang dirampas. - Foto RAMDZAN MASIAM