RAGNICK masih belum puas hati walaupun Austria mencatat kemenangan. FOTO Reuters
RAGNICK masih belum puas hati walaupun Austria mencatat kemenangan. FOTO Reuters
AFP

Berlin: Jurulatih Austria, Ralf Rangnick gembira dengan kemenangan 3-1 pasukannya ke atas Poland dalam aksi Kumpulan D Euro 2024 tetapi berkata ramai pemain berada jauh di bawah prestasi terbaik mereka pada separuh masa pertama.

Pasukan bimbingan Rangnick mendahului menerusi tandukan Gernot Trauner pada minit kesembilan tetapi membenarkan Poland kembali bangkit apabila Krzysztof Piatek menyamakan kedudukan selepas setengah jam.

"Jika saya benar-benar jujur, kami sebenarnya yang membenarkan mereka menjaringkan gol," rungut Rangnick kepada pemberita selepas perlawanan.

Christoph Baumgartner dan Marko Arnautovic menjaringkan gol selepas rehat untuk membantu Austria menghampiri pusingan 16 terakhir.

"Selepas minit ke-20 pada separuh masa pertama prestasi kami merudum," kata Rangnick

"Kami mempunyai beberapa pemain yang kurang berprestasi pada separuh masa pertama berbanding tahap normal mereka.

"Kami tidak mempunyai skuad luar biasa yang membenarkan empat atau lima pemain berada di bawah par, tetapi pada separuh masa kedua ia berubah sepenuhnya."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 4:16 AM