KUALITI padang di Frankfurt meresahkan pemain Jerman. FOTO Reuters
KUALITI padang di Frankfurt meresahkan pemain Jerman. FOTO Reuters
Reuters

Herzogenaurach: Padang licin di Frankfurt Arena di mana Jerman menentang Switzerland dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Isnin ini akan memberi sedikit impak kepada prestasi tuan rumah ketika mereka ingin memburu tempat teratas kumpulan.

Jerman, yang memenangi kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan mereka setakat ini menentang Scotland dan Hungary, akan memastikan tempat pertama dengan keputusan seri atau menang tetapi mereka perlu melakukannya di permukaan padang di Frankfurt, terkenal kerana licin dan tercabut dengan cepat.

Kualiti padang terbukti dalam keputusan seri 1-1 antara England dan Denmark pagi semalam dengan pemain kedua-dua pasukan itu berulang kali tergelincir ketika cebisan rumput tercabut.

Kyle Walker dari England menukar kasutnya pada awal permainan selepas tergelincir.

"Saya bermain di padang itu beberapa kali," kata pemain tengah Jerman Chris Fuehrich.

"Ia sangat licin, cepat rosak dan cepat musnah."

"Ia sedikit kehilangan cengkaman tetapi saya tidak tahu mengapa ia berlaku tetapi ia beberapa kali, tidak begitu kukuh dan pemain menghadapi masalah."

Jerman memerlukan sekurang-kurangnya seri menentang Switzerland untuk mengelak daripada menduduki tempat kedua dalam kumpulan dan terpaksa menentang pasukan di tempat kedua dari Kumpulan B.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 12:03 AM