HJULMAND mahu anak buahnya menikmati kemesraan dan keselesaan diri selepas mengikat England. FOTO Reuters
HJULMAND mahu anak buahnya menikmati kemesraan dan keselesaan diri selepas mengikat England. FOTO Reuters
Reuters

Frankfurt: Jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand memutuskan untuk memberi ganjaran kepada pemainnya dengan hari rehat yang amat diperlukan selepas seri menentang England semalam.

Beliau mencadangkan mereka untuk mencipta suasana 'hygge' perkataan Denmark yang bermaksud menikmati kemesraan dan keselesaan untuk diri mereka sendiri.

Ditewaskan oleh England pada separuh akhir Euro 2020, Denmark melakukan usaha fizikal yang besar untuk seri 1-1 yang meletakkan mereka di tempat kedua dalam kumpulan menjelang perlawanan terakhir menentang Serbia di Munich Rabu depan.

"Ia adalah hari pertama cuti sejak 3 Jun, dan oleh itu penting untuk melepaskan diri seketika. Saya tidak tahu apa yang mereka akan lakukan, perlu menjadi orang biasa, kembali kepada tahap fizikal terbaik," kata Hjulmand kepada pemberita dalam bahasa Denmark, sambil menambah bahawa mereka harus 'hygge sig lidt', atau berehat dan bergembira.

Konsep Denmark 'hygge' menjadi topik hangat dalam majalah gaya hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana orang di seluruh dunia berusaha untuk mencipta semula suasana Scandinavia yang selesa dan santai yang sangat terkenal di Denmark.

Pemain yang tidak terbabit dalam perlawanan menentang England melalui sesi latihan yang sukar dan Hjulmand berkata, selain beberapa pertemuan, mereka kini bebas sehingga persiapan untuk perlawanan Serbia bermula esok.

"Kami tahu dengan tepat apa yang perlu kami lakukan, dan kami mempunyai hari tambahan untuk menyiapkan semuanya berbanding kali terakhir (selepas perlawanan Slovenia). Kami berada di tempat yang baik, jadi selepas latihan hari ini kami akan berehat selama sehari setengah," katanya.

England berada di tangga teratas kumpulan C dengan empat mata, Denmark kedua dan Slovenia, yang seri pada perlawanan pembukaan mereka dengan Denmark, di kedudukan ketiga.

Serbia berada di tangga terbawah kumpulan dengan satu mata daripada keputusan seri menentang Slovenia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 12:56 AM