YAREMCHUK meraikan gol kemenangan bersama Oleksandr Zubkov. FOTO Reuters
YAREMCHUK meraikan gol kemenangan bersama Oleksandr Zubkov. FOTO Reuters
AFP

Düsseldorf: Roman Yaremchuk masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan ketika Ukraine menghasilkan perlawanan yang menggembirakan untuk menewaskan Slovakia 2-1 sebentar tadi.

Slovakia sedar menang di Duesseldorf akan membawa mereka ke peringkat kalah mati dengan berbaki satu perlawanan dan mereka mendahului pada minit 17 melalui Ivan Schranz, yang menjaringkan gol kemenangan ketika memalukan Belgium pada perlawanan pembukaan mereka.

Ukraine hadir ke perlawanan ini dalam keadaan terkial-kial selepas tewas 0-3 kepada Romania tetapi mereka terpaksa berusaha keras dan berjaya menyamakan kedudukan melalui Mykola Shaparenko sembilan minit selepas rehat separuh masa.

Shaparenko, dari Dynamo Kyiv, kemudian menjadi perancang untuk Yaremchuk menjaringkan gol kemenangan ketika Ukraine menyertai Slovakia dan Romania dengan mengumpul tiga mata dalam Kumpulan E yang terbuka luas.

Romania akan menentang Belgium, yang tercorot tanpa mata, Ahad ini di Frankfurt sebelum perlawanan terakhir peringkat kumpulan Khamis depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 11:38 PM