CALZONA sebelum ini menyatakan kebimbangan episod Euro 2020 berulang. FOTO Reuters
CALZONA sebelum ini menyatakan kebimbangan episod Euro 2020 berulang. FOTO Reuters
Reuters

Duesseldorf: Jurulatih Slovakia, Francesco Calzona berkata, tiada sebarang keraian selepas kemenangan mengejut pasukannya ke atas Belgium pada aksi pembukaan kerana 'tiada apa yang dicapai' dan apa yang diperkatakannya benar-benar terjadi selepas pasukannya tumpas 1-2 kepada Ukraine.

Semuanya berjalan lancar untuk Slovakia kerana jaringan Ivan Schranz selepas 17 minit membolehkan mereka mendahului perlawanan dan jika bertahan mampu mengesahkan slot ke pusingan 16 terakhir.

Mereka adalah pasukan lebih baik sehingga gol dijaringkan tetapi kemudian memberi laluan kepada Ukraine yang melakukan lima perubahan selepas tumpas kepada Romania dalam aksi sulung.

Walaupun Ukraine menyamakan kedudukan menerusi Mykola Shaparenko selepas 54 minit, Slovakia kelihatan bersedia untuk mengumpul empat mata.

Bagaimanapun, mereka seakan dihantui episod Euro 2020 apabila semakin memperlahankan rentak.

Tiga tahun lalu mereka membuka tirai dengan kemenangan ke atas Poland dan kelihatan baik untuk mengutip empat mata untuk seri dengan Sweden sebelum penalti lewat permainan membuatkan mereka tewas.

Selepas itu mereka dibelasah Sepanyol 0-5, yang menyebabkan mereka mengumpul tiga mata tetapi dengan perbezaan jaringan yang rendah dan gagal mara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 1:17 AM