SINGLE Jangan Pernah Berdusta dikeluar dalam masa terdekat.
SINGLE Jangan Pernah Berdusta dikeluar dalam masa terdekat.
Najiy Jefri


Siapa sangka acuan antara penyanyi Haiza dan Aepul dalam program realiti Duo Star berjaya membawa mereka ke pentas final program realiti itu, Ahad ini.

Lebih menarik lagi, kombinasi unik antara genre dangdut yang dibawakan Haiza dan Aepul yang lebih cenderung kepada genre pop bakal muncul dengan single terbaru bersama berjudul Jangan Pernah Berdusta.

Barangali keakraban yang terjalin ketika sama-sama bertarung menempatkan diri sehingga ke pentas final program yang bersiaran di Astro Ria itu menguatkan lagi adrenalina pasangan ini untuk berkolaborasi.

“Saya sebenarnya memang tahu dengan lagu dendangan Aepul bersama Drama Band. Jadi, pada mulanya saya tertanya-tanya juga bolehkah digandingan dengan orang baru, maklumlah saya penyanyi lama.

“Biasanya orang tak nak ambil tahu sangat, maklumlah, orang kata sudah ‘muzium’. Bagaimanapun. tanpa disangka, ketika kami bersama dalam program Duo Star idea untuk berkolaborasi hadir selain gabungan ini datangnya daripada pihak syarikat edaran kami iaitu Indigital Sdn Bhd,” kata Haiza.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 5:00 AM