DARI kiri, Aepul, Awi, Firman, Kaka, Haiza, Ernie, Syamel dan Ayai. FOTO Nurul Syazana Rose Razman.
DARI kiri, Aepul, Awi, Firman, Kaka, Haiza, Ernie, Syamel dan Ayai. FOTO Nurul Syazana Rose Razman.
Najiy Jefri

Selepas enam minggu berentap, debaran juara pasangan selebriti yang memiliki keserasian dalam program nyanyian terbaru terbitan Astro, Duo Star bakal terjawab Ahad ini.

Siapa sangka saingan separuh akhir minggu lalu menyaksikan pasangan Ning Baizura dan Harris Baba terhenti selepas menerima undian terendah daripada juri.

Keputusan itu menyaksikan pasangan Syamel & Ernie Zakri dan Haiza & Aepul Drama Band menepati ramalan awal menjadi finalis Duo Star sambil diiringi dua lagi pasangan pencabar iaitu Awi Rafael & Kaka Azraff serta Firman & Ayai ke pentas final.

Barangkali, tidak keterlaluan juga menyifatkan keserasian barisan finalis Duo Star yang diwakili penyanyi profesional ini berjaya menyuntik kelainan dan fenomena baru dalam industri muzik tanah air.

Bertemu mereka dalam satu sesi fotografi yang diaturkan baru-baru ini, masing-masing mengakui teruja menyertai program terbabit hingga wujud keserasian di antara satu sama lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 8:40 AM