MUELLER ketika sesi latihan pasukannya pada 4 Julai.
MUELLER ketika sesi latihan pasukannya pada 4 Julai.
AFP

Berlin: Penyerang Jerman Thomas Mueller berkata, dia bersara daripada bola sepak antarabangsa susulan kekecewaan di Euro 2024 yang menyaksikan tuan rumah tersingkir di suku akhir.

"Selepas beraksi 131 perawanan bersama skuad kebangsaan dan menjaringkan 45 gol, saya ucap selamat tinggal," kata Mueller dalam kenyataannya menerusi video di media sosial hari ini.

Mueller yang berusia 35 tahun pada September depan adalah tonggak skuad Jerman yang menjuarai Piala Dunia 2014.

Penyerang berkarisma itu turut menjaringkan gol pembukaan ketika Jerman membelasah Brazil 7-1 di separuh akhir.

"Apabila saya beraksi perlawanan antarabangsa pertama untuk Jerman 14 tahun lalu, saya tak pernah termimpi semua ini," katanya.

"Menjadi kebanggaan beraksi untuk negara. Kami gembira bersama dan kadang-kadang menangis bersama."

Mueller yang mengalirkan air mata membayangkan persaraannya selepas penyingkiran Jerman dari Euro 2024.

Tuan rumah kejohanan tewas 1-2 pada suku akhir di tangan Sepanyol yang kemudiannya muncul juara selepas menewaskan England awal pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 6:15 PM