Ahmad Razif bersama barisan kepimpinan PBSNT. FOTO HM/Syafiq Ambak
Ahmad Razif bersama barisan kepimpinan PBSNT. FOTO HM/Syafiq Ambak
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menang tanpa bertanding Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Penggal 2017-2020 dalam Kongres Luar Biasa persatuan itu, di sini, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Marzuki Sulong pula mengisi jawatan Timbalan Presiden I dan Timbalan Presiden II PBSNT selepas tiada yang mencabar kedudukan itu.

Selain itu, Abdullah Sulong, Tuan Kechil Tuan Tengah, Wan Zaulkfli Wan Gati dan Jasmira Othman pula mengisi jawatan Naib Presiden PBSNT juga selepas menang tanpa bertanding.

Barisan kepimpinan PBSNT bagi penggal baharu itu dilengkapkan dengan pemilihan lapan Ahli Jawatankuasa Eksekutif.

Mereka itu terdiri daripada Che Wan Mohd Azlizan Che Wan Abu Bakar, Haslan Hashim, Kamarulzaman Idris, Mohd Rashdi Hamat, Ramlee Othman, Yahaya Mohd Noor, Zul Fadli Rozi dan Zulkiflee Nawi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2016 @ 6:51 PM