MENTERI Besar, Ahmad Razif Abd Rahman (kanan) bersalaman dengan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid. FOTO Aswadi Alias
MENTERI Besar, Ahmad Razif Abd Rahman (kanan) bersalaman dengan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid. FOTO Aswadi Alias
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Nerus: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman kini memangku jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berikutan perletakan jawatan Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid, hari ini.

Ahmad Razif akan memangku jawatan itu sehingga mesyuarat agung persatuan terbabit diadakan nanti.

Wan Ahmad Nizam berkata, beliau melepaskan jawatan itu kerana bertanggungjawab di atas prestasi pasukan berkenaan ketika ini.

Menurutnya, beliau berharap tindakannya itu dapat menyuntik semula semangat pemain untuk berjuang dalam baki saingan yang ada.

"Saya lihat rata-rata pemain sudah tidak mempunyai semangat untuk berjuang dan pembabitan menteri besar akan mendorong pemain semula," katanya selepas Mesyuarat Khas PBSNT di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 2:15 PM