RODRI Hernanez. FOTO Agensi
RODRI Hernanez. FOTO Agensi
AFP

Berlin: Nasib Sepanyol kini terletak di tangan 'super komputer' pasukan, Rodri Hernandez dalam memastikan negara itu menuju gemilang dalam saingan Euro 2024 kali ini.

La Roja dalam pemburuan kejuaraan keempat Euro buat negara itu ketika lawan di final iaitu England tidak pernah menjuarai saingan itu sejak ia diperkenalkan pada 1960.

Hernandez yang turut di bawa ke Piala Dunia Qatar 2022 lalu dan beraksi sebagai tonggak pertahanan tengah di Bawah kendalian Luis Enrique waktu itu, menyaksikan pemain veteran Sergio Busquets jadi pilihan mengisi posisi tengah bertahan.

Begitupun sejak Luis de la Fuente mengambil alih pasukan, peranan Hernandez diubah dengan dia dilihat lebih dominan beraksi sebagai pemain tengah bertahan sekali gus memberi keseimbangan kepada pasukan itu.

"Kami mempunyai Rodri (Hernandez) yang disifatkan umpama 'komputer' yang sempurna, dia memimpin pasukan dengan baik, emosi, semua detik dengan cara tersendiri dan itu adalah bantuan yang hebat untuk semua orang," katanya.

Fuente berkata demikian selepas melihat impak diberikan Hernandez sepanjang Euro 2024 khususnya ketika Sepanyol menang ke atas Georgia.

Dalam aksi dengan Georgia itu, Sepanyol ketinggalan dalam perlawanan sebelum Hernandez menenangkan pasukan dengan memberi kata-kata semangat untuk naikkan motivasi rakan sepasukan.

"Kadang-kadang 20 atau 30 saat mengigatkan rakan sepasukan untuk 'bertenang' adalah lebih produktif daripada kembali menyerang. Saya fikir kaedah sama diperlukan apabila beraksi nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 11:56 AM