KETUA jurulatih Pasukan Terengganu, Mike Mulvey. FOTO Rasul Azli Samad
KETUA jurulatih Pasukan Terengganu, Mike Mulvey. FOTO Rasul Azli Samad
Helmy Abd Rahman


Kuala Terengganu: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) merehatkan ketua jurulatih Mike Mulvey berikutan prestasi merudum Terengganu dalam kempen Liga Super dan Piala Malaysia.

Berikutan itu, tugas pengendali pasukan itu dipangku penolong jurulatih, Mustafa Kamal Abd Wahab hingga persatuan itu menemui pengganti sesuai.

Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid turut berjanji akan meletak jawatan sekiranya pasukan itu gagal mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

"Saya akan letak jawatan dan perlu ikut prosedur antaranya melalui Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

"Bagaimanapun, saya akan terus letak jawatan sekiranya Terengganu gagal ke suku akhir.

"Saya ingin cadangkan supaya jawatan presiden nanti diserahkan kepada Menteri Besar," katanya ketika sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Terengganu, Datuk Rozi Mamat di Wisma Darul Iman, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2016 @ 1:35 PM