PEGAWAI penguat kuasa KPDNKK negeri memeriksa tong LPG dan lori yang dirampas. FOTO ihsan KPDNKK
PEGAWAI penguat kuasa KPDNKK negeri memeriksa tong LPG dan lori yang dirampas. FOTO ihsan KPDNKK
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu bengkel kereta yang disyaki dijadikan lokasi operasi penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan dekat sini, semalam.

Serbuan 2 petang itu membabitkan sepasukan enam pegawai penguat kuasa KPDNKK negeri hasil intipan dan risikan yang dilakukan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Suhaimi Mat Sari berkata, dalam serbuan itu 77 tong gas berisi gas LPG seberat 14 kilogram(kg) dan 125 tong gas LPG kosong seberat 14kg dan 50kg serta lori bernilai RM42,160 dirampas untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, turut ditahan dua lelaki berusia 30-an untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pembabitanmereka dalam sindiket berkenaan.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2016 @ 12:28 PM