KUCING perliharaan Cheng yang diikat dengan tali bagi mengelak melarikan diri. Gambar kecil, Cheng.
KUCING perliharaan Cheng yang diikat dengan tali bagi mengelak melarikan diri. Gambar kecil, Cheng.
Mohd Hanafis Abdul Haris

Batu Pahat: Seorang lelaki yang tidak tahan dicemuh masyarakat kerana gemar membela kucing memilih menyisihkan diri dan tinggal bergelandangan di khemah di tepi parit berhampiran Taman Emas di sini, sejak lapan tahun lalu.

Dengan bertemankan cahaya lilin dan berbumbungkan kanvas, dia hidup merempat bersama lapan kucing peliharaan.

Bagaimanapun, lelaki dikenali sebagai Cheng, 62, diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada operasi bersepadu membanteras gelandangan yang dijalankan malam kelmarin.

Selain Cheng, enam lagi gelandangan turut diselamatkan di sekitar Yong Peng, Ayer Hitam, Parit Raja, Parit Sulong dan Batu Pahat.

Menurut Cheng, dia memilih untuk mengasingkan diri kerana tidak tahan cemuhan masyarakat selain mengakui tindakannya memelihara kucing dengan jumlah besar menyebabkan dia tidak disenangi ahli keluarga.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2016 @ 8:20 AM