WARGA Thailand antara yang ditahan Nilai dan bandar Seremban. FOTO Dzulkeffli Mustapha
WARGA Thailand antara yang ditahan Nilai dan bandar Seremban. FOTO Dzulkeffli Mustapha
Khairul Najib Asarullah Khan


Seremban: Lapan belas individu diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan dalam Operasi Menyelamat Orang Papa dan Pengemis secara bersepadu di Seremban dan Nilai, hari ini.

Operasi lima jam itu membabitkan 68 anggota bermula kira-kira 10 pagi.

Mereka ditahan pula berusia antara 13 hingga 73 tahun, termasuk gadis berusia 13 tahun dan lelaki warga Thailand.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Penguatkuasa JKM negeri, Rosmalina Abdul Manaf, berkata operasi turut disertai polis, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

"Lima daripada mereka diserahkan kepada keluarga, tujuh dihantar kepada JIM, JPN (seorang) manakala empat lagi dibawa ke Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka. Remaja terbabit poula dihantar ke Rumah Kanak-Kanak JKM, Rembau.

“Mereka dikesan mengemis dan bergelandangan di sekitar bandar Seremban dan Nilai. Antaranya berdekatan bank, pasar awam, pasar raya dan perhentian bas.

"Ini kali kedua kami menjalankan operasi tahun ini. Orang ramai seharusnya memaklumkan kepada JKM atau pihak berwajib sekiranya mendapati ada pengemis atau gelandangan di kawasan masing-masing," katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat JKM Seremban, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 5:31 PM