Dua beranak yang maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Rejosari, berhampiran Senggarang petang tadi. FOTO ihsan bomba
Dua beranak yang maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Rejosari, berhampiran Senggarang petang tadi. FOTO ihsan bomba
Mohd Hanafis Abdul Haris


Batu Pahat: Dua beranak maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Rejosari, berhampiran Senggarang, di sini, 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa adalah Ng Cheng Ley, 46 dan anak lelakinya berusia lingkungan 20-an.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan dari Rengit ke Jalan Parit Botak.

"Setibanya di lokasi kejadian, kereta yang dipandu bagaimanapun hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum terjunam ke dalam parit berhampiran kawasan terbabit," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Ogos 2016 @ 6:52 PM