YAKIN akui kemampuan Switzerland. FOTO AFP
YAKIN akui kemampuan Switzerland. FOTO AFP
AFP

Berlin: Jurulatih Switzerland, Murat Yakin teruja dengan kemenangan 2-0 pasukannya ke atas penyandang juara Itali pada Euro 2024 pagi tadi.

Mereka mara ke suku akhir buat kali kedua dalam sejarah dengan jaringan Remo Freuler dan Ruben Vargas menamatkan persembahan mengagumkan di Berlin.

"Hanya ada pasukan yang bagus di Euro, kami tidak tewas dalam peringkat kumpulan dan bermain dengan baik, dan perlawanan Jerman menunjukkan kami boleh bersaing dengan pasukan seperti itu," kata Yakin kepada pemberita.

"Kami menghantar isyarat penting malam ini dengan permainan yang kami mainkan.

"Kami bukan sahaja bersatu dan bertahan sebagai satu unit dan berdiam diri, kami menunjukkan kami boleh menyerang dan menguasai saingan."

Peminat Switzerland meraikan kegembiraan bersama pemain selepas kemenangan pertama ke atas Itali sejak 1993.

"Semua sokongan ini menunjukkan kami berada di landasan yang betul dan melakukan perkara dengan cara yang betul, kami mendapat hak untuk berada di sini tetapi kami belum selesai lagi."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 10:16 AM