GELANDANGAN memilih pakaian yang  disumbangkan NGO kepada mereka. FOTO Mohd Azren Jamaludin
GELANDANGAN memilih pakaian yang disumbangkan NGO kepada mereka. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: “Dulu terfikir juga mengapa mereka jadi begitu (gelandangan), tetapi hari ini saya pula menjadi sebahagian daripada mereka,” kata seorang gelandangan yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 40, ketika ditemui di bandar raya ini, kelmarin.

Man yang ditemui ketika menerima agihan makanan dan minuman oleh badan bukan kerajaan (NGO), berkata dia mengharungi kehidupan dengan berbumbungkan awan kerana tiada pilihan lain selepas mahligai perkahwinan dibina berkecai.

Menyifatkan kehadiran pihak ketiga menjadi punca keretakan rumah tangga, selain rajuk hati menyebabkan dirinya berhijrah ke bandar raya ini untuk mencuba nasib.

“Dengan membawa beberapa helai pakaian termasuk kain pelekat, pada Oktober lalu, perjalanan dari Parit Yaani, Batu Pahat berakhir di kaki lima jalan di bandar raya ini.

“Ketika itu, perkara yang tidak pernah saya bayangkan saya lakukan, malah saya memilih tempat awam termasuk Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan bawah jambatan di sini, untuk menumpang tidur beralaskan kotak,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 8:35 AM