ANGGOTA Bomba dan Penyelamat  menemui mayat tidak jauh dari lokasi serpihan helikopter ditemui di hulu Sungai Batang Lupar. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menemui mayat tidak jauh dari lokasi serpihan helikopter ditemui di hulu Sungai Batang Lupar. FOTO ihsan Bomba
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Simunjan: Mayat pertama yang ditemui berhampiran lokasi serpihan helikopter, pagi tadi dibawa naik ke jeti feri Triso, Sebuyau di sini, tengah hari tadi.

Mayat dibawa pasukan bomba menaiki bot tiba di jeti 1.04 tengah hari selepas ditemui berhampiran serpihan.

Kini, pasukan perubatan daripada Klinik Kesihatan Sebuyau sedang menjalankan pemeriksaan untuk pengesahan.

Setakat ini, hanya satu mayat ditemui manakala bakinya masih lagi giat dicari pasukan penyelamat.

Mayat akan dihantar ke Hospital Umum Kuching untuk bedah siasat.

Berita berkaitan

Satu mayat ditemui dekat serpihan

Jumpa serpihan helikopter

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2016 @ 1:32 PM