EMPANGAN Tasik Bukit Merah pada Isnin lalu. FOTO Bernama
EMPANGAN Tasik Bukit Merah pada Isnin lalu. FOTO Bernama
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Kerajaan perlu memikirkan implikasi kewangan dan aspek perundangan terlebih dahulu sebelum mengisytihar Empangan Bukit Merah, Perak dan Timah Tasoh, Perlis sebagai kawasan bencana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan prihatin terhadap masalah yang berlaku namun, beberapa langkah segera perlu dilakukan bukan hanya perlu isytihar darurat.

Beliau berkata, kerajaan mendapati wujud implikasi mendalam sekiranya dua kawasan terjejas itu diistihar kawasan bencana.

"Buat masa ini, beberapa langkah segera dilakukan termasuk pemasangan paip air ke empangan dan mendalam tasik serta meninggikan tebatan di dua empangan berkenaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Bencana Pusat di sini, hari ini.

Katanya, paras semasa Empangan Bukit Merah kini pada tahap 6.16 meter dan Timah Tasoh (26.17 meter).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 7:29 PM