MAXIMUS berucap ketika Majlis Pelancaran ISES 2016. FOTO Fariz Iswadi Ismail
MAXIMUS berucap ketika Majlis Pelancaran ISES 2016. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Nursyahirah Marzuki


Putrajaya: Enam empangan di empat negeri berada dalam pemantauan dua kementerian berikutan musim panas dan kering yang melanda negara ketika ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, kementeriannya bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau dan memeriksa paras air di empangan seluruh negara.

"Enam empangan terbabit adalah Timah Tasoh, Perlis; Gemencheh, Negeri Sembilan; Lebam dan Layang, Johor serta Milau dan Babagon, Sabah.

"Status simpanan air mentah di enam empangan ini dalam pemerhatian dan berada pada paras 30 peratus ke bawah namun, setakat ini belum ada catuan air dilakukan di kawasan berkenaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak AntarabangsaTenaga Mampan (ISES) kali ke-3 2016.

Sementara itu, Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) kini sudah mencapai 60 peratus pembinaannya dan dijangka siap pada 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 2:30 PM