PENUNJUK perasaan menunjukkan poster tebusan yang diculik dalam serangan 7 Oktober tahun lalu. FOTO Reuters
PENUNJUK perasaan menunjukkan poster tebusan yang diculik dalam serangan 7 Oktober tahun lalu. FOTO Reuters
AFP

Tel Aviv: Ribuan rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv pada Sabtu untuk menuntut tindakan segera kerajaan supaya membawa pulang baki tebusan yang diculik di Israel selatan pada 7 Oktober lalu sebelum mereka ditahan di Gaza.

Desakan itu susulan penemuan mayat membabitkan antara beberapa tebusan berkenaan.

Penunjuk perasaan bertafakur selama seminit di Dataran Tebusan Tel Aviv sebagai penghormatan kepada tawanan yang mayat tebusan itu ditemukan oleh tentera Israel bulan ini, lapor seorang wartawan AFP.

Tentera Israel pada Jumaat berkata mereka mengambil mayat tiga tebusan dalam operasi semalaman di Jabalia di utara Semenanjung Gaza.

Mayat tebusan berkenaan dikenal pasti sebagai Chanan Yablonka dan Michel Nisenbaum pemegang kewarganegaraan Brazil-Israel serta Orion Hernandez Radoux Perancis-Mexico yang mana keluarga mereka sudah dimaklumkan selepas pengecaman forensik, kata tentera dalam satu kenyataan.

Mayat empat lagi tebusan ialah Ron Benjamin, Yitzhak Gelerenter, Shani Louk dan Amit Buskila ditemukan minggu lalu.

"Hanya dalam beberapa jam, saya akan mengebumikan abang saya yang berusia 42 tahun... saya takut menghadapi saat ini.

"Abang, saya berjanji akan terus melaungkan, menyokong, melawan dan melakukan segala-galanya agar semua tebusan lain pulang dengan selamat. Mereka mesti dibawa keluar dari 'neraka' sekarang," kata adik Yablonka, Avivit pada perhimpunan Sabtu.

Sementara itu, satu lagi protes berlaku apabila peserta menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan pilihan raya awal diadakan.

Perang di Gaza meletus selepas serangan Hamas pada 7 Oktober, yang mengakibatkan kematian lebih 1,170 orang, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi Israel.

Pejuang Hamas turut menculik 252 warga di Israel sebagai tebusan, 121 daripadanya kekal di Gaza, termasuk 37 yang sudah mati mengikut dakwaan tentera Israel.

Serangan balas Israel sejak 7 Oktober membunuh sekurang-kurangnya 35,903 orang di Gaza, kebanyakannya orang awam, menurut kementerian kesihatan wilayah kendalian Hamas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 10:40 AM