Kuala Lumpur: Dua lagi empangan di bawah pengawasan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan kapasiti penuh 100 peratus, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak lapan empangan setakat jam 4 petang semalam.

Dua empangan terbabit adalah di Johor iaitu Empangan Machap dan Empangan Sembrong.

Empangan Machap mengandungi takungan sebanyak 16.65 meter (m) iaitu kira-kira 1.64 m untuk mencapai paras maksimun 18.29m, manakala Sembrong memiliki isipadu sebanyak 10.05m atau kira-kira 3.75 untuk mencapai paras maksimum 13.80m.

Enam lagi empangan berkapasiti penuh ialah Empangan Bukit Kwong, Kelantan; Ulu Kinta dan Bukit Merah, Perak; Langat, Selangor dan Empangan Batu dan Klang Gate, Wilayah Persekutuan.

Laman JPS menunjukkan isipadu Empangan Bukit Kwong mencapai paras 17.39m iaitu melebihi paras normal yang sepatutnya 16.76m; manakala Ulu Kinta 245.31m (normal 245m); Bukit Merah 9.15m (normal 8.70m); Langat 221.10m (normal 220.96m); Klang Gate 95.76 (normal 95.22m) dan Empangan Batu 103.98m (102.70m).

Bagaimanapun, Empangan Timah Tasoh, Perak kembali ke paras normal apabila turun kepada 96.36 peratus berbanding 100 peratus kelmarin.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 5:36 AM