Bintang tenis Jepun Naomi Osaka
Bintang tenis Jepun Naomi Osaka
AFP

Paris: Naomi Osaka dan Carlos Alcaraz membuka tirai di Terbuka Perancis pada hari Ahad ketika Roland Garros bersiap untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Rafael Nadal.

Naomi, juara empat kali Grand Slam yang belum pernah melepasi pusingan ketiga di Paris, akan membuka tirai perlawanan di gelanggang utama Court Philippe Chatrier menentang Lucia Bronzetti dari Itali.

Alcaraz, juara Wimbledon yang memegang gelaran, akan memulakan kempennya menentang J.J. Wolf dari Amerika Syarikat.

Andy Murray dan rakan juara Grand Slam tiga kali, Stan Wawrinka, akan menutup tirai pusingan pertama yang berlangsung pada waktu malam.

Naomi yang memegang status sebagai bintang Jepun dan bekas pemain nombor mempunyai rekod kurang cemerlang apabila beraksi di Paris.

Pada 2021, beliau didenda kerana tidak menghadiri sidang media sebelum menarik diri dari kejohanan untuk melindungi kesihatan mentalnya.

Setahun kemudian, dia tewas di pusingan pertama sebelum meninggalkan sukan ini pada September 2022 selama 16 bulan untuk beri tumpuan kepada keluarga.

Saya banyak belajar daripada keluar, dan berharap situasi itu dapat diterapkan di gelanggang tenis," kata pemain berusia 26 tahun itu.

Jika dia berjaya melepasi Bronzetti yang berada di kedudukan ke-48 dunia kemungkinan akan berdepan dengan pemain pilihan utama dan juara bertahan, Iga Swiatek.

Kini naik ke kedudukan ke-134 dunia selepas berada di luar kedudukan 800 teratas pada Januari, Osaka secara perlahan-lahan memperbaiki reputasinya untuk kekal berada dalam kelompok pemain terbaik dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 11:25 AM