Grayson Murray
Grayson Murray
Reuters

Texas: Peserta Jelajah PGA Grayson Murray meninggal dunia pada usia 30 tahun seperti yang diumumkan komisioner Jay Monahan iaitu sehari selepas menarik dari kejohanan Charles Schwab Challenge di Fort Worth.

Sehingga kini, punca kematian Murray masih belum diketahui.

Murray menarik diri ketika dia berada di pusingan kedua kelmarin dengan alasan tahap kesihatan tidak memuaskan.

"Kami sangat sedih mengetahui berita itu dan mengejutkan untuk memberitahu bahawa pemain PGA TOUR Grayson Murray meninggal dunia pagi ini. Saya kehilangan kata-kata," kata Monahan dalam sebuah pernyataan pada hari Sabtu.

"Jelajah PGA adalah sebuah keluarga, dan ketika anda kehilangan anggota keluarga keadaan jadi berbeza. Kami meratapi kepergian Murray dan berdoa untuknya."

Monahan mengesahkan sudah menghubungi keluarnya untuk menyampaikan ucapan takziah dan ahli keluarga mendiang meminta untuk meneruskan juga kejohanan itu.

"PGA TOUR memiliki pakar psikologi di lokasi kejohanan untuk membantu pemain di saat mereka mendengar berita sedih ini,"

Murray mencetak 68 pada pusingan pembukaan pada Khamis lalu di Colonial Country Club. Dia bermain 16 lubang pada hari Jumat sebelum menarik diri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 10:22 AM