Pemain bintang Paris Saint-Germain (PSG) Kylian Mbappe kemungkinan akan berpindah ke Real Madrid musim depan.
Pemain bintang Paris Saint-Germain (PSG) Kylian Mbappe kemungkinan akan berpindah ke Real Madrid musim depan.
AFP

Lille(Paris): Pemain bintang Paris Saint-Germain (PSG) Kylian Mbappe tanpa berselindung menyatakan rasa bangga meninggalkan pasukannya terutamanya dengan kemenangan 2-1 terhadap Lyon pada perlawanan akhir Piala Perancis hari ini.

Pemain itu berkata, dia akan mengumumkan hala tujunya kelak dengan kontrak bersama PSG sudah pun tamat manakala Real Madrid disebut sebagai destinasi seterusnya Mbappe.

"Untuk mengakhiri dengan trofi dalam perlawanan akhir, tiada cara yang lebih baik. Ia benar-benar menggembirakan," kata Mbappe kepada wartawan selepas perlawanan yang diadakan di Lille.

Walaupun dia tidak menjaringkan gol dalam perlawanan itu, Mbappe meninggalkan PSG dengan rekod yang cemerlang.

Mbappe memegang rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelabnya dengan 256 gol dalam 308 penampilan.

Mbappe menyatakan, "Apa yang saya mahukan hanyalah mengakhiri perkara baik bersama kelab saya, dengan trofi. Saya rasa ada masa untuk segala-galanya dan akan mengumumkan kelab berikutnya pada masa yang sesuai.

"Saya rasa ia akan dalam beberapa hari jadi tiada masalah. Saya tidak tahu bila lagi. Masih ada beberapa perkara (yang perlu diselesaikan) tetapi yang paling penting ialah untuk mengakhiri dengan cemerlang di sini."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 9:53 AM