Church (kanan) bersama Lauren Llewelyn-Bowen pada pelancaran koleksi perabot pereka itu, semalam.
Church (kanan) bersama Lauren Llewelyn-Bowen pada pelancaran koleksi perabot pereka itu, semalam.
Oleh myMetro

Kuala Lumpur: Courts Malaysia, peruncit perabot dan elektrik memperkenalkan perabot eksklusif pereka perabot dalaman terkemuka British, Laurence Llewelyn-Bowen iaitu Koleksi Laurence sebagai usaha memperkukuhkan jenama itu di pasaran tempatan.

Pengarah Perabot Rantau Asia Courts, Steve Church berkata, Courts yang bertapak lebih 20 tahun di Malaysia sentiasa mendapat perhatian dan dengan koleksi terbaharu itu, ia menawarkan pilihan lebih segar kepada peminatnya.

Beliau berkata, Koleksi Laurence meningkatkan pengalaman beli-belah kepada pelanggan kerana ia mempunyai rangkaian produk yang berbeza dengan pilihan warna lebih menarik dan dijual serendah RM999 sehingga RM5,999.

“Produk baharu ini adalah bukti komitmen kami terhadap pelanggan setia Courts yang sentiasa menyokong jenama ini sejak beberapa dekad lalu dan berharap ia terus unggul menjadi pilihan ramai.

“Selaras dengan kempen Courts Price Promise, produk di bawah Koleksi Laurence layak mendapat jaminan lima tahun dan memberikan pelanggan suasana beli-belah yang lebih tenang,” katanya pada majlis pelancaran Koleksi Laurence di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2016 @ 7:06 AM