Oleh Hartini Mohd Nawi


Terkenal sebagai peneraju pengalaman beli-belah yang lengkap dengan tawaran harga terendah, Courts Malaysia kini mempertingkatkan jaminan harga dan perkhidmatannya untuk memanfaatkan pelanggannya.

Kempen Memperhebatkan Jaminan Harga Courts yang dilancarkan baru-baru ini adalah sesuatu yang diutamakan sejak Januari 2013.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia, Tim Luce, pihaknya mengambil pendekatan berbeza demi menghargai kesetiaan pelanggan selama ini.

"Ia membabitkan beberapa faedah dengan tarikan yang berbeza daripada peruncit lain seperti jaminan harga terendah dengan pulangan tiga kali ganda dalam 30 hari jika anda mendapati pesaing kami menjual pada harga lebih rendah.

Selain itu, tidak ketinggalan tempoh jaminan lanjutan produk hingga 10 tahun dan kelulusan 100 peratus untuk pembelian RM1,000 dengan Courts Flexicredit," katanya.

Faedah lain merangkumi polisi penukaran bebas rumit dalam 30 hari, tempahan produk selama 14 hari dan penghantaran sepantas lima jam di sekitar Lembah Klang.

"Kempen 'Ultimate Screens' yang juga baru dilancarkan dengan diskaun tunai hingga 40 peratus pula pastinya membuatkan pelanggan teruja.

"Kempen ini menawarkan rang-kaian terluas dan terkini dengan lebih daripada 100 televisyen skrin besar berjenama," katanya.

Menariknya pengenalan konsep niaga barunya 'World of Wellness' yang terdapat di Megastore Sri Damansara bertujuan memenuhi keperluan pengguna dengan produk baru bakal dijual termasuk peralatan berkaitan kesihatan.

Menerusi 65 cawangan di seluruh negara, Courts Malaysia memiliki skala mencukupi untuk membolehkan harga kekal kompetitif.

Menyentuh tinjauan perniagaan bagi 2015, Tim berkata, Courts Malaysia turut memberi tumpuan kepada beberapa bahagian.

Paling utama pada bahagian perabot sofa dan ruang makan.

"Antaranya mengekalkan harga rendah, memastikan stok mencukupi, menambah baik sistem penghantaran dan kemudahan kredit.

"Pada masa sama, perubahan pendekatan dan produk ditawarkan menerusi Internet bertindak sebagai platform pelengkap yang dijangka berupaya meluaskan lagi jang-kauan Courts kepada pelanggan," katanya.

Secara tidak langsung pendekatan berkenaan tertumpu kepada menambah baik perkhidmatan secara online yang pelbagai.

"Bukan sekadar dengan penampilan baru, malah pengalaman membeli-belah dalam talian di Courts Malaysia bakal memperkenalkan kategori produk baru.

Menariknya pelanggan juga boleh membeli secara online dan memilih untuk mengambil barangan yang dibeli di kaunter 'Click & Collect.'

Layari www.courts.com.my untuk sebarang keterangan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Disember 2014 @ 5:00 AM