TELEKUNG Zahra Exclusive. - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR
TELEKUNG Zahra Exclusive. - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR
MOHD Dailami  bersama isterinya, Nurul Syuhada menunjukkan produk   Zahra Exclusive. - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR
MOHD Dailami bersama isterinya, Nurul Syuhada menunjukkan produk Zahra Exclusive. - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR
Sri Ayu Kartika Amri


PENGELUAR kelengkapan pakaian Muslim dan Muslimah, Zahra Exclusive tampil memperkenalkan barisan produk baharunya iaitu telekung premium pada harga mampu milik bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Az Zahra Group Sdn Bhd, Mohd Dailami Che Age berkata, pihaknya mengeluarkan dua jenis rekaan telekung iaitu Hayati dan Balqis Luxe.

Katanya, walaupun baru di pasaran, telekung Zahra Exclusive bukan saja mendapat sambutan daripada pelanggan tempatan, malah dari individu di Singapura dan Brunei.

"Sekarang, kami mempunyai 50 stokis di seluruh negara dan kami menyasarkan lebih 1,000 helai telekung Hayati dijual dan 100 helai bagi Balqis Luxe, menjelang akhir tahun ini.

"Telekung Hayati adalah produk killer Zahra Exclusive yang didatangkan dengan tiga warna pilihan (hitam, putih dan beige), dijual pada harga RM215, manakala Balqis Luxe, RM5,999.

"Koleksi telekung terbaru Zahra Exclusive ini juga diperbuat daripada bahan kain kapas sejuk, selesa dan berkualiti tinggi.

"Selain itu, ia didatangkan dengan French Lace yang cantik dan apabila dipakai, akan terletak elok," katanya kepada Bisnes Metro.

Mohd Dailami berkata, pihaknya menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) sebelum menghasilkan koleksi telekung terbabit, supaya lebih tahan lama dan memberi keselesaan ketika umat Islam beribadah.

Menurutnya, Zahra Exclusive memang memfokus kepada produk yang menawarkan kualiti premium pada harga mampu milik serta direka mengikut kehendak pelanggan yang mahukan keselesaan.

"Buat masa ini kami menumpukan kepada koleksi Hayati serta Balqis Luxe dan untuk rekaan baharu, kami lihat pada permintaan.

"Bagi pelanggan yang mahu mendapatkan koleksi Zahra Exclusive, boleh mendapatkannya melalui ejen, stokis, melayari azzahramall.com atau ke butik kami (Elmina Shah Alam) dan semua platform e-dagang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2024 @ 6:15 AM