Antara rumah penduduk yang dinaiki air akibat hujan lebat lebih 11 jam di Kampung Gadek Dalam, Melaka. - Foto MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER
Antara rumah penduduk yang dinaiki air akibat hujan lebat lebih 11 jam di Kampung Gadek Dalam, Melaka. - Foto MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di seluruh negeri meningkat kepada 2,659 orang.

Berdasarkan maklumat Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) setakat jam 8 pagi tadi, tiga pusat pemindahan mangsa banjir beroperasi di daerah Melaka Tengah iaitu di Masjidul Rahman, Tanah Merah Krubong; Sekolah Kebangsaan Krubong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah.

Seramai 1,078 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan ini dan SMK Munsyi Abdullah paling ramai 875 mangsa terdiri daripada 178 keluarga.

Di Jasin pula, tiga pusat pemindahan beroperasi iaitu di SMK Simoang Bekoh, Balai Raya Asahan dan SK Chohong membabitkan 90 mangsa.

Sementara itu, tujuh pusat pemindahan di daerah Alor Gajah masih beroperasi berbanding lapn semalam, selepas pusat pemindahan di Surau Taman Seri Cahaya ditutup tengah malam tadi.

Seramai 1,491 mangsa banjir membabitkan 334 keluarga berada di semua tujuh pusat pemindahan di Alor Gajah seperti di SK Ganun, Balai Raya Bukit Balai Durian Tunggal, Balai Raya Bukit Tambun, SK Belimbing Dalam, SMK Seri Pengkalan, Balai Raya Tan Seri Bayu dan Balai Raya Kampung Beringin.

ai.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2016 @ 11:13 AM