Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Semua mangsa bencana banjir di daerah Melaka Tengah dibenar pulang dan pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Krubong di sini, menjadi yang terakhir ditutup petang tadi

Sehingga jam 5.30 petang semalam, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, hanya dua pusat pemindahan sementara masih beroperasi di Alor Gajah.

"Setakat jam 4 petang tadi pusat pemindahan di SK Krubong yang menempatkan 46 keluarga atau 190 mangsa ditutup pada jam 5.30 petang selepas semua penghuni dibenar pulang kerana banjir di kediaman mereka sudah surut,” katanya.

Menurutnya, satu lagi pusat pemindahan di Melaka Tengah iaitu Balai Raya Kampung Tanah Merah, Krubong, di sini, ditutup pada jam 2 petang tadi

Dua pusat pemindahan masih dibuka di Alor Gajah iaitu di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam dan Balai Raya Kampung Bukit Balai.

"Di SK Belimbing dalam, masih ada 45 keluarga membabitkan 194 orang mangsa manakala di Balai Raya Kampung Bukit Balai, ada 17 mangsa daripada empat keluarga.

Pusat lain di SMK Pengkalan ditutup pada jam 4 petang, Balai Raya Kampung Gadek (5 petang), Dewan Al-Rasyidin (1.25 petang, Balai Raya Kampung Beringin (3 petang) dan Balai Raya Kampung Panchor (5 petang).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2015 @ 8:15 PM
(Dari kiri) Hazizah Akop, 45, Nokiah Akop, 60, dan Norreya Akop, 50, menjaga ibu mereka Nyonya Majid, 81, yang terlantar akibat sakit tua di pusat penempatan banjir Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Durian Tunggal. - Foto KHAIRUNISAH LOKMAN
(Dari kiri) Hazizah Akop, 45, Nokiah Akop, 60, dan Norreya Akop, 50, menjaga ibu mereka Nyonya Majid, 81, yang terlantar akibat sakit tua di pusat penempatan banjir Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Durian Tunggal. - Foto KHAIRUNISAH LOKMAN