Sebuah rumah digenangi limpahan air Sungai Melaka di kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, hari ini. - Foto Bernama
Sebuah rumah digenangi limpahan air Sungai Melaka di kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, hari ini. - Foto Bernama
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Dalam masa beberapa jam, jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 3,092 orang berbanding 2,659 pada jam 8 pagi tadi.

Menurut sumber Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JBPN), di Melaka Tengah saja jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan iaitu Masjidul Rahman di Krubong, Sekolah Kebangsaan Krubong dan Sekolha Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah meningkat kepada 1,530 mangsa pada jam 12 tengahari berbanding 1,078 pada jam 8 pagi tadi.

Berdasarkan maklumat, air di beberapa sungai di daerah ini terus meningkat dan berikutan itu, dijangka beberapa pusat pemindahan baru akan dibuka.

Di Jasin, 82 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu SMK Simpang Bekoh, Balai Raya Asahan dan SK Chohong manakala di Alor Gajah, 1,480 mangsa daripada 329 keluarga masih berada di tujuh pusat pemindahan banjir daerah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2016 @ 1:17 PM