LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Petaling Jaya: Pelukis tatu disyaki meliwat seorang pelanggannya di sebuah premis, di sini direman empat hari selepas ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek berusia 36 tahun ditahan malam tadi.

"Suspek ditahan semalam dan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, niat untuk melukis tatu bunga di tangan bertukar episod malang buat seorang lelaki apabila menjadi mangsa liwat pelukis tatu di sebuah premis, di sini, kelmarin

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 24 tahun datang ke kedai terbabit untuk melukis tatu di badannya sebelum dilaporkan tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis sebelum menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 3:46 PM