FARIDA Ariffin
FARIDA Ariffin
BERNAMA

Kuala Lumpur: Bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda Datuk Noor Farida Ariffin, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

Noor Farida, seorang daripada pengasas bersama kumpulan bekas penjawat awam kanan G25, meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Setiausaha G25 Jasmine Zulkifli, mengesahkan kematian Noor Farida.

"Saya dimaklumkan oleh keluarganya bahawa Noor Farida baru sahaja meninggal dunia.

"Keluarganya akan membawa jenazah Allahyarham ke Masjid Kampung Baru," katanya dalam pesanan ringkas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 4:07 PM