DONALD (kanan) bersama Molinari akan sekali lagi mengemudi skuad Piala Ryder Eropah pada tahun depan. FOTO PGA TOUR
DONALD (kanan) bersama Molinari akan sekali lagi mengemudi skuad Piala Ryder Eropah pada tahun depan. FOTO PGA TOUR
Reuters

London: Kapten skuad Piala Ryder Eropah, Luke Donald mengekalkan Edoardo Molinari sebagai naib kapten pada kejohanan 2025.

Pasukan Eropah akan cuba mempertahankan kejuaraan mereka di Bethpage Black di Farmingdale, New York.

Skuad diketuai Donald menewaskan Amerika Syarikat (AS) dan kapten, Zach Johnson 16 1/2 hingga 11 1/2 di Rom, Itali pada 2023.

"Edoardo adalah seseorang yang saya sangat kenali sejak beberapa tahun lalu dan dia bakal menjadi pemain tambahan yang hebat pada Piala Ryder 2025.

"Dia memainkan peranan sangat penting dan bermain sepenuh masa di Jelajah Dunia DP serta seorang pemain yang baik.

"Dia pemain Ryder Cup serta mengetahui banyak benda. Dia selalu berada di sekeliling pemain dan banyak bekerja dengan pemain dalam statistik mereka," kata Donald.

Molinari, 42, memperoleh 10 kemenangan profesional selain ahli pasukan kejuaraan Piala Ryder Eropah di Celtic Manor, Wales pada 2010.

"Saya bergantung harap padanya menerusi kriteria kelayakan dan seterusnya kami semakin hampir dengan kejohanan.

"Cara pasukan dibentuk, bagaimana kemahiran mereka dipadankan dengan padang golf di Bethpage dan sama ada mereka lebih bergandingan dengan sepasang pemain foursomes, pemain fourballs dan menyusun gandingan itu bersama-sama," katanya.

Eropah tidak pernah memenangi Piala Ryder di bumi AS di Medinah, Illinois sejak 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2024 @ 1:10 PM