Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberikan 'green light' atau lampu hijau kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen yang melampaui batas ketika persidangan.

Bagina bertitah, Ahli Parlimen turut boleh dikenakan penggantungan selama 14 hari jika mereka masih berdegil.

Baginda juga mengingatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara agar menjalankan tugas dengan tegas bagi memastikan semua ahli mematuhi peraturan di sepanjang tempoh persidangan.

"Saya berikan 'green light' kepada Speaker untuk ambil tindakan kepada ahli-ahli yang melampau batas. Boleh kenakan 'banned' 14 hari jika ada yang masih degil.

"Oleh yang demikian saya harap semua ahli dewan akan tunjukkan contoh tauladan yang baik apabila berada di dewan yang mulia ini," titah baginda semasa Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15, hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Februari 2024 @ 1:15 PM