GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
Ercy Gracella Ajos


Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di enam negeri, termasuk Sabah dan Sarawak sehingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook sebentar tadi berkata, ramalan cuaca itu membabitkan Pahang (Maran, Bera dan Rompin) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).

Katanya, cuaca sama turut diramal di Melaka dan Johor membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

"Turut berdepan cuaca sama ialah Sarawak membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Miri dan Marudi)," katanya.

Menurut MetMalaysia, di Sabah cuaca sama membabitkan kawasan pedalaman (Beaufort) dan pantai barat (Papar).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 April 2023 @ 2:57 PM